Bahan-bahan
1 tin krimer sejat (brand F&N / Dairy Champ)
3 sudu besar krimer pekat manis (brand F&N / Dairy Champ)
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovallete
Perasa mengikut citarasa anda (contohnya; milo, oreo, mango paste, peppermint paste)
Cara membuatnya
Pukul krimer sejat, krimer pekat manis, telur, esen vanilla dan ovallete sehingga teksturnya menjadi pekat dan likat (ala-ala cream). Lebih kurang 15-20minit pada putaran maksimum.
Asingkan adunan kepada 2 bahagian. <== (sekiranya anda nak buat lebih daripada 1 perasa)
Letakkan 3-4 sudu besar serbuk milo pada 1 bahagian adunan dan kacau rata.
Letakkan 3-4 sudu besar serbuk oreo pada 1 bahagian adunan yang lain dan kacau rata.
Tuang adunan di dalam bekas dan simpan di dalam freezer.
Adunan akan mengeras antara 3-4jam dan sedia untuk dimakan.

0 comments:
Post a Comment