Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Friday, September 25, 2015

Siakap Stim





Sunday, March 29, 2015

Ayam Goreng ArnRaihan



Bahan-bahan
Ayam
Telur
Tepung goreng ayam

Cara membuatnya
Cuci ayam sehingga bersih dan toskan airnya.

Pukul sebiji telur di dalam piring.
Letak tepung goreng ayam di dalam piring.

Panaskan minyak di dalam kuali. Api sederhana.
Ambil seketul ayam yang telah ditos tadi, ratakan/golek-golekkan ayam tu ke dalam piring yang berisi tepung.
Ratakan/golek-golekkan ayam tu dalam piring yang berisi telur.
Ratakan/golek-golekkan ayam tu ke dalam piring yang berisi tepung sekali lagi.
Masukkan ayam ke dalam kuali. Goreng sehingga tepung tu warnanya kelihatan sedikit gelap, lebih kurang selama 10minit.
Toskan. Sedia untuk dihidang.


Monday, February 9, 2015

Kek Coklat Kukus



Thursday, December 11, 2014

Apam Berwhipping Cream






Saturday, May 31, 2014

Kek Batik



Bahan-bahan

2 bungkus biskut marie
1 ketul buttercup
3 biji telur
1per2 tin susu pekat
4 sudu besar serbuk koko
8 sudu besar serbuk milo


Cara membuatnya

Patah-patahkan biskut marie.

Hidupkan api pada nyalaan yang paling kecil.
Cairkan butter di dalam periuk.
Masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga sebati.
Masukkan susu pekat. Kacau sehingga sebati.
Masukkan serbuk koko dan serbuk milo. Kacau sehingga sebati.
Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan tadi. Gaul rata adunan.

Padatkan adunan di dalam loyang.
Biarkan sejuk seketika. Sedia untuk dihidang.

Thursday, May 29, 2014

Kek Coklat Kukus



Bahan-bahan

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1per2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

3 biji telur
1 1per4 cawan  tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila


Cara membuatnya
Didihkan Bahan A di dalam periuk sehingga sebati. Padam api dan biarkan sejuk seketika.

Pukul telur sehingga kembang.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan telur. Pukul seketika.
Masukkan pula tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan esen vanila. Pukul seketika.

Tuang adunan ke dalam loyang.
Kukus adunan selama lebih kurang 45 minit menggunakan api sederhana.
Sedia untuk dihidang.



Monday, January 13, 2014

Apam Polkadot



Bahan-bahan
3 biji telur yang disimpan dalam peti sejuk
250gm tepung gandum
150gm gula halus
170ml susu segar
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
Filling/Perasa mengikut citarasa anda (coklat, strawberry dll)
Pewarna
Paper cup

Cara membuatnya
Pukul telur dan gula halus sehingga kembang.
Masukkan tepung gandum dan baking powder diselang selikan dengan susu segar.
Masukkan ovallete dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati (adunan kelihatan gebu).
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna.
Masukkan adunan ke dalam piping bag mengikut warna.
Susun paper cup ke dalam bekas lompang.
Picit adunan ke dalam paper cup sehingga 1/3 penuh sahaja, kemudian letakkan filling yang digemari, kemudian picitkan semula adunan sehingga hampir penuh.
Corakkan adunan mengikut kreativiti anda.
Kukus adunan selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.


Sunday, January 12, 2014

Biskut Mazola



Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan kacang tanah dikisar
3per4 cawan gula halus
1per2 cawan tepung jagung
Minyak mazola secukupnya
1 sudu kecil esen vanilla
1per2 sudu kecil baking powder
Kuning telur
Pewarna kuning

Cara membuatnya
 Gaul tepung gandum, kacang tanah, gula, tepung jagung, esen vanilla, baking powder bersama-sama minyak mazola sehingga adunan sebati dan tidak lagi melekat pada tangan.
Terap adunan.
Sapukan kuning telur yang telah ditambah sedikit pewarna kuning pada permukaan atas biskut.
Bakar guna api kecil sehingga permukaan bawah biskut bertukar menjadi sedikit gelap warnanya.


Saturday, January 11, 2014

Cucur Roti



Bahan-bahan
7 keping roti
1 biji bawang merah
8-10 ekor udang
1 biji telur
Lada hitam secukup rasa

Cara membuatnya
Potong atau gunting roti kepada saiz kecil.
 Hiris bawang.
Potong kecil udang.
Campurkan dan gaul rata bawang, udang, lada hitam, telur dan roti.
Kepal dan bentuk adunan menjadi seperti bebola kecil.
Goreng cucur dengan api yang perlahan.
Apabila cucur bertukar manjadi warna sedikit gelap, angkat dan toskan.


Friday, January 10, 2014

Sup Ayam dan Cendawan



Bahan-bahan
1 keping dada ayam
300ml air (150ml + 150ml)
100ml susu segar
1per2 ketul kiub ayam maggi
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
1per4 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa


Cara membuatnya
Bancuh tepung gandum bersama 150ml air. Blander sekejap, kemudian tapiskan. Ini bagi mengelakkan sup menjadi berketul-ketul.

Hiris dada ayam.
Masukkan 150ml air dan hirisan ayam ke dalam periuk.
Setelah mendidih, masukkan susu segar, kiub ayam dan cendawan butang.
Masukkan bancuhan tepung gandum yang telah ditapis.
Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Tambahkan garam secukup rasa.


Thursday, January 9, 2014

Spaghetti Bolognese



Bahan-bahan
1 bungkus spaghetti
1 bungkus daging cincang
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 tin spaghetti prego tradisional
1 tin sederhana tomato pure
1 tin cendawan butang
1 biji cili benggala merah, kuning, hijau (dipotong dadu)
Garam dan gula secukup rasa


Cara membuatnya
Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan sesudu kecil minyak masak ke dalam air rebusan supaya spaghetti tidak melekat.
Bila air dah mendidih masukkan spaghetti.
Bila spaghetti dah lembut, angkat dan toskan.

Alirkan air pada daging cincang. Masukkan daging ke dalam kuali. Api sederhana. Padamkan api apabila daging tersebut tidak lagi berair / telah kering.

Guna periuk yang bersaiz sederhana.
Sedikit minyak untuk menumis bawang. Jangan sampai garing, cukup sekadar layukannya sahaja.
 Masukkan perencah spaghetti prego, tomato pure, segelas air, cendawan butang, cili benggala, daging cincang yang telah dikeringkan tadi.
Kacau dan biarkan ia mendidih.
Setelah mendidih, perlahankan api. Gunakan api yang paling kecil. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Renehkan sehingga sos menjadi pekat.

Wednesday, January 8, 2014

Chocolate Homemade









Sunday, January 5, 2014

Oreo Cheesecake Tanpa Bakar



Bahan-bahan
1 paket oreo biskut (utk hiasan)
1per2 paket oreo crumb
1per2 butter yang dilembutkan pada suhu bilik
250gm cream cheese (brand Philadelphia)
200gm whipping cream
1 cawan fresh milk (brand Dutch Lady)
1per2 cawan gula kastor
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu kecil gelatin
Sedikit air panas


Cara membuatnya
Cairkan butter kemudian gaulkan bersama oreo crumb.
Padatkan adunan tersebut pada bekas (menjadi tapak). Simpan seketika dalam peti ais.

Pukul sehingga kembang cream cheese dan gula kastor.
Masukkan whipping cream, fresh milk, esen vanilla dan sedikit oreo crumb. Pukul seketika.
Bancuh/larutkan gelatin bersama air panas. Kemudian masukkan ke dalam adunan. Pukul seketika.

Masukkan adunan ke dalam bekas yang disimpan dalam peti ais tadi.
Tabur/hias adunan dengan oreo crumb atau patah-patahkan oreo biskut mengikut kreativiti anda.
Simpan adunan dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam supaya ia menjadi sejuk dan sedikit keras.


Saturday, January 4, 2014

Aiskrim Milo Oreo



Bahan-bahan
1 tin krimer sejat (brand F&N / Dairy Champ)
3 sudu besar krimer pekat manis (brand F&N / Dairy Champ)
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovallete
Perasa mengikut citarasa anda (contohnya; milo, oreo, mango paste, peppermint paste)

 Cara membuatnya
Pukul krimer sejat, krimer pekat manis, telur, esen vanilla dan ovallete sehingga teksturnya menjadi pekat dan likat (ala-ala cream). Lebih kurang 15-20minit pada putaran maksimum.
Asingkan adunan kepada 2 bahagian. <== (sekiranya anda nak buat lebih daripada 1 perasa)
 Letakkan 3-4 sudu besar serbuk milo pada 1 bahagian adunan dan kacau rata.
Letakkan 3-4 sudu besar serbuk oreo pada 1 bahagian adunan yang lain dan kacau rata.
Tuang adunan di dalam bekas dan simpan di dalam freezer.
Adunan akan mengeras antara 3-4jam dan sedia untuk dimakan.


Friday, January 3, 2014

Ayam Santan (Resepi Orang Banjar)



Bahan-bahan
1per2 ekor ayam
1per2 biji kelapa parut
1 batang timun
1 biji bawang merah
1 biji tomato
4-5 biji cili api
Secukup rasa sos cili (lebih kurang 4-5 sudu besar)
Secukup rasa sos tomato (lebih kurang 4-5 sudu besar)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
Rebus ayam sehingga empuk.

Masukkan hirisan timun, bawang merah, tomato dan cili api ke dalam mangkuk.
Perah kelapa parut menggunakan air suam. Kemudian masukkan perahan santan tersebut ke dalam mangkuk.
Masukkan sos cili dan sos tomato secukup rasa. <== (sehingga kuahnya berwarna ala-ala peach)
Masukkan rebusan ayam yang telah empuk. (air rebusan TIDAK perlu dimasukkan)
Masukkan garam secukup rasa.
Gaul sebati. Sedia untuk dihidang.


Thursday, January 2, 2014

Jus Alpukat (Avocado)



Bahan-bahan
1 biji Avocado yang masak ranum
1 cawan susu segar (brand Dutch Lady dll)
2 sudu besar susu pekat
Sedikit Chocolate Syrup (brand Hershey's dll)
Ais

Cara membuatnya
Masukkan isi avocado menggunakan sudu ke dalam blender.
Masukkan susu segar dan susu pekat ke dalam blender.
Blend bahan-bahan tersebut sehingga halus (lebih kurang 1-2minit).
Tambah air jika merasakan ianya terlalu pekat.
Tuang jus ke dalam gelas. Hias dengan sedikit Chocolate Syrup.
Masukkan seketul dua ais jika ingin dihidang sejuk.

Wednesday, August 21, 2013

Kerabu Mangga




Monday, November 19, 2012

Jelatah




Ikan Patin Masak Singgang




Ayam Masak Merah




 

Blog Template by YummyLolly.com